Friday, 1 July 2011

LATAR BELAKANG DAN ASAL USUL SUKARELAWAN KEBAJIKAN

JKM telah melancarkan pendaftaran Sukarelawan Kebajikan sejak 1985 yang bertujuan untuk mengemblengkan tenaga sukarelawan bagi membantu Kerajaan khususnya JKM dalam menangani masalah sosial di peringkat akar umbi.

Pada tahun 1995, usaha ini dijadikan satu program formal yang diberi nama Briged Kebajikan Perdana (BKP) dimana, keahlian BKP terbuka kepada seluruh anggota masyarakat diperingkat umur 13 tahun hingga dewasa. Aktiviti BKP dikategorikan kepada tiga peringkat Perkhidmatan Kebajikan iaitu Perkhidmatan di Pejabat Kebajikan Msyarakat Negeri dan Daerah, Perkhidmatan di Institusi JKM dan Perkhidmatan di Institusi NGO's.

Ahli BKP bertindak sebgai mata dan telinga JKM dalam mengesan kes-kes yang memerlukan bantuan serta perkhidmatan kebajikan. Selain daripada itu, BKP juga menjadi sebuah pasukan yang peka dan komited dengan kerja-kerja kebajikan masyarakat berasaskan kumpulan sasar iaitu Kanak-Kanak, Keluarga, Warga Tua, Orang Kurang Upaya, Juvana, Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK), Komuniti, Mangsa Bencana dan Orang Papa.

Sejak BKP mula dilancarkan pada tahun 1995 di negeri Johor hingga Disember 1998 jumlah keahlian BKP menjangkau 60,163 orang. Walau bagaimanapun, pendaftaran semula keahlian BKP telah dibuat mulai bulan April 1999 sehingga bulan Disember 2001 dan bilangan ahli BKP yang berdaftar hanya 22,495 orang. Berdasarkan laporan mengenai penglibatan ahli BKP dalam setiap aktiviti yang diadakan di peringkat negeri menunjukkan tren yang tidak menggalakkan. Sehingga September 2009, hanya 2,319 orang ahli masyarakat yang berdaftar sebagai ahli BKP yang aktif di seluruh negara.

UJIAN BLOG G3 SJKM

HARAP MAKLUM, BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN.

ujian percubaan untuk blog pertama G3 SJKM

di hadapan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...